Assalamualaikum dan salam sayang kepada pelanggan 'Camelia Couture' yang dihormati...
Sepanjang tudung Hoodie diperkenalkan, ada yang kata, "cantik tapi susah untuk memakainya.." Ada juga yang berpendapat mereka tidak memakai tudung Hoodie dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana mungkin tidak sesuai dengan peringkat umur mahupun bentuk muka.
To all dearest customers...'memakai tudung dengan mudah' adalah motif utama kami memperkenalkan tudung Hoodie ini. Dengan memilih untuk mencuba fesyen tudung Hoodie pula, anda tidak perlu risau tentang penampilan diri kerana kami yakin dengan fesyen yang kami perkenalkan, anda akan kelihatan anggun dan bergaya!!
3 langkah mudah untuk memakai tudung Hoodie...
1. Sarungkan tudung Hoodie di kepala..
2. Lipatkan bahagian tengah tudung hingga jahitan
lurus yang terdapat di atas kepala..
3. Letakkan jarum peniti supaya terletak kemas dan
tidak mudah jatuh..
Hasilnya...tampak elegan dan bergaya!!
Jangan risau tentang bagaimana hendak menggayakan inner yang bersilang kerana terdapat pelbagai jenis pilihan sama ada inginkan yang sudah sedia dijahit silang ataupun tidak bersilang. Manakala tudung dan inner juga telah dijahit bersama.
Mudahnya dengan Camelia Couture!!
Mudahnya dengan Camelia Couture!!
0 comments:
Post a Comment